KUALA LUMPUR: Juara Formula Satu (F1) tujuh kali Lewis Hamilton, mengakui litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang ikonik, sehingga kini kekal sebagai litar perlumbaan paling sukar dalam kariernya, dan berharap akan dapat berlumba semula di situ.
Pelumba British berusia 37 tahun itu berkata SIC sebuah litar yang menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan yang epik, ketika Grand Prix (GP) F1 Malaysia.
Bagaimanapun, Hamilton yang hanya pernah menang di litar itu pada musim 2014 berkata berlumba dalam kepanasan waktu tengah hari memberikan cabaran dari aspek fizikal, selain cuaca yang tidak menentu, menjadikan perlumbaan di litar sepanjang 5.53 kilometer (km) itu selalu menawarkan perlumbaan yang sukar.
"Saya masih ingat pada perlumbaan pertama saya di sini pada 2007, saya rasa saya di tempat kedua (dan) ia merupakan podium kedua saya dalam karier. Saya hilang empat kilogram pada perlumbaan itu, Saya masih ingat bagaimana sukarnya ketika hendak keluar daripada kereta.
"Pada tahun-tahun selepas itu kami alami pengalaman berbeza, bukan sahaja sangat panas tetapi kemudiannya hujan, kadang-kala apabila ia hujan, ia hujan dengan lebat. Saya sedih kami tidak dapat gunakan litar itu lagin tetapi saya tahu ia masih digunakan untuk GP Moto... semoga suatu hari nanti kami boleh lakukannya semula dan kami akan kembali," katanya.
Hamilton berkata demikian pada sidang media Petronas dan Pasukan Mercedes-AMG F1, di sini hari ini.
Kali terakhir GP Malaysia dianjurkan ialah pada 2017, selepas kerajaan membuat keputusan untuk tidak menganjurkannya lagi selepas diadakan selama 19 tahun.
Sementara itu, Hamilton yang masih belum memenangi sebarang perlumbaan musim ini tidak melihatnya sebagai 'kemarau kemenangan' ataupun sebagai suatu 'penamat'.
"Saya tidak melihatnya sebagai kemarau kemenangan... saya rasakan tahun ini merupakan tahun pembangunan ... masih ada enam perlumbaan (lagi) jadi masih ada enam peluang dan kami akan cuba untuk menang, tetapi jika kami tidak lakukannya, saya tidak rasakan ia suatu penamat. Kami akan kembali ke tempat teratas," katanya.
Hamilton masih mempunyai enam perlumbaan untuk menamatkan kemarau kemenangan dan mengekalkan rekod musim berturut-turut dalam F1 paling banyak dengan sekurang-kurangnya satu kemenangan GP, yang pada masa ini beliau kongsi bersama legenda dan rakan, juara tujuh kali Michael Schumacher.
Hamilton pada ketika ini berada pada kedudukan keenam terbaik pelumba dengan 168 mata, manakala pelumba Red Bull Max Verstappen akan memenangi kejuaraan dunianya yang kedua, jika pelumba Belanda berusia 24 tahun itu memenangi GP Singapura hujung minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Hamilton berkata, SIC sebuah litar yang menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan yang epik, ketika Grand Prix F1 Malaysia. - Bernama
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.
Carlos Sainz Ferrari muncul juara Grand Prix F1 Singapura
Carlos Sainz melakar kemenangan untuk Ferrari dalam Grand Prix Formula 1 Singapura 2023.
F1: Max Verstappen terus bergelut di GP Singapura, mulakan saingan di tempat ke-11
Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura malam ini dari tempat ke-11.
F1: Hamilton beri komitmen kepada Mercedes sehingga 2025
Dijangkakan bahawa perjanjian baharu itu akan memperoleh Hamilton dalam lingkungan GBP50 juta setahun.
F1: Lewis Hamilton tidak tolak Max Verstappen sapu bersih baki perlumbaan
Lewis Hamilton khuatir bahawa Max Verstappen berpeluang tinggi memenangi kesemua baki 10 perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.